5 Filem Tentang Laut Adaptasi Kisah Benar | Haa bukan setakat cerita Titanic dan Jaws jak yang berkenaan dengan laut okay. Ada banyak gik sebenarnya. Tok kmk listkan 5 filem tentang laut yang diadaptasi dari kisah benar. Bah jom cekidaut!
5 Filem Tentang Laut Adaptasi Kisah Benar
1. In The Heart Of The Sea (2015)
Pada tahun 1820, sekumpulan pemburu ikan paus terpaksa bertahan hidup di tengah laut lekak kapal sidak tersadai hancur oleh sekok ikan paus berukuran besar kedak raksasa. Bayangkan tanpa persediaan makanan, dalam keadaan terumban-ambing di tengah lautan, dapatkah sidak bertahan? Tujuan sidak kelaut tek nak ngambik minyak tapi akhirnya ditimpak musibah pulak.
2. The Mercy (2017)
Filem The Mercy berkisah tentang seorang cemboy bernama Donald Crowhurst (Colin Firth) yang mejal mok ikut pertandingan kapal layar keliling dunia. Masih amateur tapi pemejal. Lekak ditinggal bini dan anaknya, Crowhurst pun memulakan pelayarannya tek. Hanya seorang setiap kapal jak dibenarkan. No geng geng. Tapi malangnya pelayarannya sik berjalan lancar. Crowhurst dilanda masalah dan bencana masa berada ditengah laut tanpa seorang pun.
3. Adrift (2018)
Tami Oldham (Shailene Woodley) terpaksa bertahan hidup dan menerimak hakikat yang tunangnya dah hilang lekak kapal yang sidak nait dihentam badai besar. Tanpa apa-apa persediaan, Tapi terpaksa survive sendirian untuk selamatkan dirik. Dalam pada yang sama, Tami juak berhalusinasi dan beranggapan bahwa tunangnya masih ada di sia dengan nya. Heartbreaking! Kisah benar tentang Tami Oldham tok berlaku pada tahun 1983 dan nya berada dalam air selamak 41 hari. Hmm.
4. Against The Sun (2015)
Pada 16 Januari 1942, tiga orang tentera amerika syarikat terpaksa mendarat dilaut lekak belon sidak dah maok kehabisan minyak. Akibatnya sidak tersangkut di tengah laut tanpa makanan, minuman dan siktauk apa nasib sidak. Dah juak darurat, jadi tumpuan dah yuk dan ombak besar lagik. Mun aku alu terjun mati jak kali. Sik sanggup asa nyawa.
Filem tok diadaptasi dari kisah benar Harold Dixon, Tony Pastula dan Gene Aldrich yang dah terumbang-ambing di laut selama 34 hari. Aduhai mejin jak berapa lamak ya.
5. Open Water (2003)
Filem Open Water dibintangi oleh Daniel Travis dan Blanchard Ryan yang merupakan sepasang suami isteri. Sidak dah plan dan buat keputusan untuk pergi scuba diving di Australia. Tapi malangnya seduak tok terpisah dari rombongan scuba diving dan tersangkut di tengah lautan. Ahh gimana bisaaa.
Dapatkah seduak tok bertahan dalam air untuk jangka masa yang lamak sebab seduak rasa sekda orang akan nolong sidak. Dah juak jadi tumpuan para hidupan laut dak obor-obor ikan jos yuk apa indah. Gine mok survivee... Filem tok adalah berdasarkan kisah benar Tom dan Eileen Lonergan yang pernah menyelam ke Great Barrier Reef, Australia.
0 comments