Peminat cornbeef, aku seru engkau datang! Cepat dan lekas, screenshot dan salin resepi cornbeef kompom belalak tok! Antara ratusan igek makanan dalam tin, kmk rasa cornbeef nok paling sedap di donia! Setuju sik? Brand cornbeef favourite kmk adalah Highway dengan Pawada. Duak tok dijamin halal. Tahap kebersihan kurang pasti tapi mudahan ok. (Sebab aku dah tengok dolumentari tentang proses food jadi erm husnuzon ajak lah)
Cornbeef tok mun makan panas panas dengan nasi, aduhai, kompom belalak. Bukan setakat dengan nasik jak nyaman, dipolah sandwich atau makan gia ajak pun dah nyaman! Paling sik boleh blah, dolok pernah ada customer mintak mee kuewteow goreng dengan cornbeef. Aie pelik ada tapi mungkin sedap kot.
Resepi Cornbeef Kentang, Gabungan Mantap Pasti Belalak
Cornbeef
Kentang potong dadu / wedges
Bawang besar / Bawang merah
Cili besar
Ajinomoto
Lada sulah
Telur
Cara Buat Cornbeef Kentang
1. Goreng kentang terlebih dahulu dan ketepikan.
2. Tumis bawang dan cili dan pecahkan telur sebiji.
3. Masukkan cornbeef dan sedikit ajinomoto serta lada sulah.
4. Masukkan kentang dan gaul rata. Hiaskan dengan daun bawang/daun sup.
Senang kan polah cornbeef nyaman tok? Kmk recommend cornbeef brand Highway dan cornbeef brand Pawada. Nang terbaikkk dan sedap! Sekda lantoh or bau yang kurang menyenangkan.
0 comments