Resepi Ayam Masak Kunyit Mudah

Resepi Ayam Masak Kunyit | Ayam Masak Kunyit pernah viral pada satu ketika dolok. Viral sebab orang berjual simple dengan nasik putih tapi sangat memuaskan hati. Simple ajak tapi boleh viral. Masakan kedak tok lah kita namakan as comfort food. Bila siktauk mok makan apa atau sekda selera mok makan, pasti makanan dalam kategori comfort food jak nok dapat diterimak oleh anak tekak. Bena sik kmk bulak. Bah jom cekidaut resepi ayam masak kunyit tok. 


ayam masak kunyit


Resepi Ayam Masak Kunyit


Dada ayam potong kecik (Guna wing potong kecik pun bole)

Serbuk kunyit

Bawang blend

Garam

Tepung jagung

Kacan panjang

Karot

Bawang besar

Cili Besar


Cara Buat Ayam Masak Kunyit


1. Gaul dada ayam dengan serbuk kunyit, garam, bawang blend sesudu.

2. Masukkan sedikit tepung jagung.

3. Goreng ayam dan ketepikan. Nak rangup boleh double fry.

4. Tinggalkan sedikit minyak lepas goreng ayam tek dan tumiskan bawang dan cili besar.

5. Masukkan ayam dan sayur dan gaul rata.

5. Perasakan dengan garam dan ajinomoto dan siapppp!

0 comments